Tips Kesihatan .

Berbasikal untuk jantung yang sihat

Senaman adalah penting untuk kesihatan fizikal dan emosional kita. Selain daripada mampu menggembirakan kita melalui pelepasan hormon “endorphin”, ia juga membantu kita mengawal berat badan dan memastikan setiap sel tubuh berada dalam keadaan optimum.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh salah sebuah jurnal perubatan terkemuka dunia, The Lancet, mendedahkan bahawa satu pertiga daripada golongan dewasa di dunia tidak aktif secara fizikal, dan gaya hidup ini mengorbankan lebih kurang lima juta orang setiap tahun. Malaysia diletakkan pada tangga ke-10 bagi negara paling malas di dunia dengan kadar tidak aktif di kalangan dewasa pada 61.4%.

Ramai yang mengetahui bahawa berbasikal merupakan antara cara terbaik untuk kekal sihat dan cergas. Berbasikal merupakan senaman yang ideal bagi masyarakat di semua peringkat umur dan latar belakang. Tidak seperti tanggapan umum, berbasikal bukan hanya tertumpu pada bahagian kaki.

Berbasikal merupakan aktiviti kardio pernafasan yang menguatkan badan dan pada masa yang sama membolehkan pengamalnya bergembira dan bersosial. Berbasikal secara kerap membantu mengelakkan penyakit seperti barah, kencing manis, obesiti, artritis dan juga kemurungan. Berbasikal secara keseluruhannya dapat meningkatkan kadar kecergasan seseorang, namun kelebihan berbasikal bagi jantung adalah lebih besar.

Melancarkan aliran darah

Aliran darah yang lancar dapat meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi seseorang kerana pengumpulan toksin dalam badan dihalang. Berbasikal mampu mengerjakan jantung dan saluran darah dengan mengalirkan darah yang tinggi kandungan oksigen ke seluruh badan, sambil membakar lemak badan dan mengurangkan selulit. Ia juga mengalakkan jantung menjadi lebih efisien dan memperbaiki sistem pernafasan dan aliran darah dengan menguatkan otot jantung.

Mampu mengawal tekanan darah

Berbasikal meningkatkan kawalan tekanan darah sebanyak 10/8 mmHg bagi pesakit yang mengalami darah tinggi dan membantu merendahkan kadar tekanan darah sewaktu rehat bagi mengurangkan risiko kematian secara mengejut bagi mereka yang sihat (Journal of Cardiovascular Pharmacology, 1995).

Ia juga mengurangkan mendapan darah dan lemak badan pada arteri, serta meningkatkan kemampuan badan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit termasuklah kencing manis dan darah tinggi. Berbasikal secara kerap menjadikan kadar kematian bagi kedua-dua jantina bagi semua peringkat umur turun sebanyak 40% (Journal of Internal Medicine, 2000).

Mengurangkan paras kolesterol `jahat’

Berbasikal juga berfungsi sebagai pengawal tubuh yang baik. Ia memainkan peranan dalam mengurangkan kadar kolesterol jahat, LDL, sambil meningkatkan kadar kolesterol baik, HDL. Semakin tinggi nisbah HDL/LDL anda, lebih sihat badan anda kerana kolesterol lebih banyak dibuang berbanding dikumpulkan. Ini bermakna terdapat kurang kolesterol dalam badan yang akan diserap masuk ke dalam tisu dan arteri, lantas mengelakkan keadaan bergelar arteriosklerosis.

Berbasikal secara kerap mengurangkan sebanyak 50% risiko menghidap penyakit kardiovaskular seperti stroke, penyakit yang keempat paling banyak membunuh di Malaysia. (Helping Needy Stroke Victims, The Star Online, 2011).

Terdapat banyak tip latihan yang dapat anda amalkan untuk meningkatkan prestasi berbasikal.

Berikut merupakan beberapa cara mudah untuk menguatkan badan dan mencergaskan diri semasa senaman:

Pemakanan yang seimbang – Amalan pemakanan yang baik merupakan langkah pertama untuk kekal cergas. Memakan makanan yang berkhasiat dengan sayur-sayuran hijau, buah-buahan serta hidangan yang terdiri daripada protein dan karbohidrat yang lambat dihadamkan dapat membantu badan anda mendapatkan nutrien yang diperlukan, menggantikan tisu yang terpakai serta menghasilkan tenaga.

Menghidratkan tubuh – Penyahhidratan mengehadkan prestasi anda dalam acara kompetitif dan boleh mengakibatkan kekejangan otot serta masalah lain. Malah, kekurangan air dalam badan walaupun pada kadar yang sedikit boleh merendahkan metabolisme dan mengurangkan kemampuan anda untuk bersenam secara efisien. Amalkan pengambilan air pada selingan masa yang tetap sepanjang 2-4 jam selepas anda berbasikal bagi menghidratkan tubuh anda semula.

Kekal fleksibel – Aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan yang dijalankan dengan cara yang betul merupakan faktor penting bagi mengelakkan kecederaan. Pemanasan badan membantu anda untuk bersedia secara mental dan fizikal bagi aspek-aspek sukan yang lebih mencabar, manakala penyejukan badan membantu badan anda untuk kembali ke mod rehat secara perlahan-lahan.

Mendapatkan tidur yang cukup – Kebaikan tidur memberi kesan kepada hampir semua aspek kehidupan seharian kita. Badan anda menghasilkan molekul protein dengan lebih banyak ketika anda tidur, dan ini menjadikan anda lebih kuat melawan jangkitan serta membantu anda untuk kekal sihat.

Sumber : Internet ( Kesihatan.info ).www-St-Takla-org___paper_boy_riding_bike

Rehat sejenak

Kisah kura-kura Dan Monyet.

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura… Aquarium-1-87037

Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura…

Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu… tetapi bukan lembu…

Kura-kura : Nanti aku fikir sekejap..

Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! (Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

Kura-kura : Aku rasa jawapannya ialah…. GAMBAR LEMBU… Betul tak nyet??

Monyet : Betul!!

Kura-kura : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab.

Monyet : Ye lah tu…. Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..

Kura-kura : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??

Monyet : Ada berapa talian hayat?

Kura-kura : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.

Monyet : Durian..

Kura-kura : Salah..

Monyet : Rambutan

Kura-kura : Salah jugak

Monyet : Buah tangan

Kisah kura – kura Dan Monyet

Kura-kura : Pun salah

Monyet : Kalau semua salah…. apa jawapannya?

Kura-kura : Buah epal

Monyet : Kenapa buah epal??

Kura-kura : Tu.. kau dah buat pertanyaan….. Ini bermakna buah epallah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

Kura-kura meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh nya……

————————————————————————————————————————————–

000ca544_medium

Kisah Pak Pandir .

Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar “TIDAK ADA WANG DISINI!”. Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat “BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!”.

Motivasi

Kerjaya dalam bidang pendidikan menyaksikan sedikit kecenderungan manusia mengejar sesebuah kejayaan yang satu. Dalam dunia bergelar siswa dan siswi, PNGK 4.0 menjadi kayu ukur manusia yang paling berjaya. Kegigihan mereka yang inginkan kejayaan terserlah dengan kegigihan mereka bersusah payah datang setiap hari berjumpa pensyarah untuk bertanyalan soalan.

Keadaan ini sungguh menyentuh hati. Terkadang meningkatkan semangat pensyarah untuk terus memberikan seberapa banyak ilmunya sehingga di saat akhir. Akhirnya pelajar sebegini akan mendapat apa yang diimpikannya. Tempiasnya kepada pensyarah yang mengajar mereka. Tersenyum lebar dan puas atas penat lelah melayan karenah pelajar sebelumnya. Ini juga sebuah kejayaan bagi seorang pensyarah.

Itulah kejayaan pada manusia. Berjaya mengejar cita-cita. Berjaya mendapatkan kereta idaman. Berjaya menambat hati orang tersayang. Berjaya mengumpul harta.

promotion

Kejayaan demi kejayaan ditempuhi manusia menjadikannya puas dan bahagia. Bahagia kerana kejayaan ini diperolehi hasil titik peluh dan penat jerih dalam masa-masa tertentu. Kecenderungan kepada nilai material dan angka yang besar menjadi kayu ukur untuk berjaya. Markah yang tinggi, anak yang ramai dan harta yang banyak.

Hakikat Kejayaan

Namun hakikiat kejayaan itu bersifat subjektif. Membawa pengertian yang sangat besar. Allah SWT Maha Adil. Setiap manusia dijadikan dengan fungsi untuk mencapai kejayaan tersendiri. Dalam bidang yang berlainan dan pelbagai. Tiada yang sia-sia. Allah SWT berfirman yang bermaksud:-

“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

(Surah al-Mukminun: Ayat 115)

Tiada manusia yang lahir tanpa makna. Tiada manusia lahir sia-sia. Biarpun seorang tukang sapu. Betapa bermaknanya mereka. Jika mereka tiada, seluruh tempat akan menjadi kotor. Maka tukang sapu telah berjaya menjadikan banyak tempat bersih. Itulah kajayaannya. Tahniah kepada tukang sapu!

Semuanya punya fungsi untuk mencapai objektif masing-masing.

Kejayan Menurut Al-Quran

Kejayaan tercipta setiap hari. Apabila ada yang telah berazam dan memulakan hari yang baru, matlamat yang baru, kejayaan yang baru juga bakal muncul. Setelah berjaya, manusia akan mengimpikan kejayaan lain berdasarkan matlamat yang hendak dicapai. Islam juga menetapkan hakikat kejayaan bagi seorang mukmin melalui sepertimana yang telah diungkapkan oleh Allah SWT dalam kalam suci Al-Quran surah Al-Mukminun ayat 1-11:

  1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
  2. (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,
  3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
  4. dan orang-orang yang menunaikan zakat,
  5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
  6. terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.
  7. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
  8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
  9. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
  10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
  11. (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Jelas dalam ayat ini menerangkan hakikat sebenar kejayaan. Iaitu mereka yang akan mewarisi syurga Allah dan kekal di dalamnya. Kerana dunia hanya akan kita rasakan umpama satu kerdipan mata ketika di padang mahsyar kelak. Maka ramailah yang akan tahu betapa mereka telah tertipu dengan kejayaan yang mereka kejar semasa di dunia.

Sememangnya beruntunglah mereka yang mengutamakankan urusan akhirat dalam segala hal. Beruntunglah mereka yang sentiasa mengaitkan kehidupannya dengan dunia yang kekal abadi. Manusia yang selalu lupa akan hakikat ini seringkali akan menyangka semua kejayaan yang dimiliki akan kekal… padahal mereka masih lagi di dunia… sedangkan dunia itu pula bersifat fana (hancur).

Kejayaan Bukan Hanya Dalam Pelajaran

Ternyata, tidak semestinya mereka yang berjaya memperoleh markah yang tinggi dianggap berjaya. Tidak semestinya mereka yang sememangnya genius akan sentiasa mendapat tempat dalam pelajaran. Tetapi mereka yang berjaya adalah seorang yang sentiasa mampu bertahan (survive) dengan persikitaran mereka. Mempunyai prinsip hidup yang tetap dan benar. Mampu menongkah arus yang kadangkala menyongsang arah perjuangan.

Maka, tiada istilah putus asa untuk mereka yang tidak hebat dalam pelajaran… tiada kata malas untuk mereka yang agak lambat dalam menuntut ilmu. Tiada kata rendah hati untuk mereka yang sering ketinggalan. Kerana di hadapan mereka terbentang luas pelbagai jenis kejayaan. Yang menjadikan mereka pelbagai manusia yang berjaya dalam bidangnya.

Percayalah, rahmat Allah itu luas dan Allah sesekali tidak suka orang yang berputus asa. Walaupun kadangkala hambaNya itu melampaui batas.

Firman Allah yang bermaksud:-

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Surah Az-Azumar : Ayat 53)

Sumber : di petik daripada iluvislam.com

Pedoman

“Wow mewahnya kereta tu..Mesti mahal kan? ”
“Besarnya rumah tu…Mesti banyak nak bayar kan?”
“Canggihnya handphone kau…mesti harga beribu kan?”
“Kau nak pergi makan di restoran mahal tu ke?”
“Baju kau ni susah nak dapat..kau beli kat mana?”

Itulah antara beberapa dialog yang sering kita dengar atau ucap jika kita mengagumi sesuatu harta benda yang kelihatan mewah dan dinilai dengan harga yang sangat mahal serta hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja. Hari ini, manusia tidak pernah puas dengan kehidupan materialnya, sehingga siang malam hidupnya semata-mata untuk dikagumi oleh masyarakat sekeliling. Tidak salah berumah besar ibarat mahligai, tidak salah berkereta mewah, tidak salah berfesyen yang mahal, tetapi apakah berbaloi nanti saat di”audit” oleh Allah SWT kelak di akhirat sana?

Diri ini juga tidak sempurna, sentiasa memperbaiki diri sendiri dalam setiap perkara. Apa yang ditakut adalah sifat riyak dan membazir yang lahir dari penyakit wahan. Apakah itu penyakit wahan?

Penyakit Wahan

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?”

Rasulullah S.A.W menjawab, “CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI”.

Memang umat benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. Keadaan umat Islam menggambarkan kebenaran sabdaan Rasulullah s.a.w. Baik di kalangan pemimpin mahupun golongan bawahan, di kalangan muda mahupun tua, di kalangan miskin mahupun kaya.

Penyakit al-wahan ini disebabkan telah rasa cinta kepada harta benda, pangkat, kuasa dan nama. Sifat materialistik telah tertanam dalam jiwa seseorang sehinggalah masyarakat pada hari ini menjadi tamak dan tidak berperikemanusiaan sehingga sanggup berbunuh-bunuhan. Nauzubillah, moga-moga kita di akhir zaman ini terhindar dari penyakit wahan ini.

Membazir Amalan Syaitan

Bagaimana mengukur sifat membazir? Bagi saya pembaziran terjadi apabila sesuatu pembelian yang tidak dapat digunakan dalam jangka masa panjang dan tidak berbaloi jika dibandingkan nilai dan penggunaannya. Contohnya, baju kurung yang dibeli dengan harga RM300 sepasang untuk hari raya lama kelamaan susut nilainya, walhal kita boleh membeli baju raya dengan harga RM50-RM100 kerana tujuan utama kita adalah untuk keselesaan dan menutup aurat. Tidakkah itu membazir?

Pembaziran boleh berlaku dalam tiga keadaan, pembaziran harta, pembaziran tenaga dan pembaziran masa. Janganlah mengamalkan sifat membazir kerana sifat ini merupakan amalan syaitan.

Firman Allah SWT maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya”.

Jika kita mengamalkan hidup bersederhana, kelak kita akan menghindari sifat membazir. Umar bin Al-Khattab suatu hari berkunjung ke rumah anaknya: Abdullah. Tiba-tiba beliau melihat sepotong daging. Umar bertanya: “Mengapa ada daging di sini?” Abdullah menjawab: “Aku sedang teringin memakan daging, jadi aku membelinya.” Umar berkata: “Apakah setiap kali teringin sesuatu, engkau terus memakannya? Cukuplah pembaziran yang dilakukan seseorang,setiap kali ia menginginkan sesuatu ia lalu memakannya.”

Ucapan Sayidina Umar ini patut menjadi pegangan kita. Setiap kali berada di pusat membeli belah, sering-seringlah bertanya kepada diri sendiri, “Apakah saya benar-benar memerlukan barang ini?” Tepuklah dada tanyalah iman.

Bersedekah

Bersedekah merupakan salah satu cara untuk kita mengelakkan pembaziran dan juga cara untuk kita mensyukuri nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Pakaian lama, lebihan makanan, barang peribadi yang terlalu banyak dan duit bolehlah kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan. Bersedekah juga ada berkatnya, dan memang betul sedekah boleh menambah rezeki kita.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)Bersedekahlah mengikut kemampuan, memberilah secara ikhlas dan tidak mengharapkan balasan. Apabila seseorang itu bersedekah, jiwa akan menjadi tenang dan secara tidak langsung timbul rasa syukur dalam hati dan seseorang itu akan menjalani hidup secara bersederhana. Tidak salah jika kita menetapkan sedekah secara bulanan supaya lama-kelamaan sedekah itu sudah menjadi amalan kebiasaan kita.

Sifat Qanaah Sifat Terpuji

Secara literal, Qanaah boleh kita ambil sebagai sifat puas hati atau redha dengan segala nikmat kurniaan Allah. Saya memberikan tafsiran yang mudah iaitu qanaah maksudnya merasa cukup dengan apa kita ada. Cukuplah rumah yang didiami memberikan perlindungan, keselesaan dan ketenangan, bukan merasa mewah apabila berada di dalamnya. Cukuplah kereta yang dimiliki boleh bergerak untuk menuju ke destinasi, bukanlah untuk menimbulkan sifat dengki, cukuplah berpakaian untuk menutup aurat dan selesa bukannya untuk menarik perhatian. Cukuplah dengan harta yang kita ada boleh digunakan untuk berjuang di jalan Islam, bukannya untuk menunjukkan kemegahan.

Tidak salah untuk menambah harta dan rezeki, untuk hidup lebih selesa. Tetapi ingatlah akan penyakit wahan, janganlah membazir, banyakkanlah bersedekah dan amalkan sifat qanaah. Kelak harta yang banyak akan digunakan dengan cara yang betul dan diredhai oleh Allah.

“Dan orang yang apabila membelanjakan, mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) bakhil, melainkan di tengah-tengah antara yang demikian” (Surah al-Furqan 25 :67)Justeru, amalkanlah hidup sederhana bukan kedekut. Hidup secara bersederhana tidak menahan kita agar tidak berbelanja sama sekali. Definisi yang paling tepat untuk kesederhanaan adalah berbelanja mengikut keperluan,bukan keinginan dan nafsu semata-mata. Saya menulis untuk memberi peringatan kepada diri sendiri, untuk disampaikan kepada generasi seterusnya, bukan untuk membenci dan dibenci.

Sumber : dipetik dari web iluvislam.com

Rilexkan Minda.

Kisah Pertama.

2 Orang Sahabat yang sudah lama tak berjumpa, seorang dari negeri Sarawak seorang lagi dari negeri Perak. Orang Sarawak pun bertanya kepada orang Perak.

Sarawak : Awak ni orang Perak kan?Zelth0rdqjYvEehXRw0O7pXUY3Z2QAvvz_zrmWBfPVI=

Perak : ye, kenape?

Sarawak : Bahasa korang berbeza sikit kan?

Perak : Ada le sikit.

Sarawak : Kalau terbakar, korang panggil apa?

Perak : Terbako, terbako.

Sarawak : Hmm.. memang lain, kita orang panggil lain.

Perak : Korang panggil ape?

Sarawak : Kita orang panggil Bomba

Perak : @@@@####!!!!!!!

————————————————————————————————————————————–

Kisah ke Dua 1378839_10204545840953260_1711301974785817053_n

Ade ialah seorang guru. Ade mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Ampang.
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid -murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.
Cikgu Ade : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.
Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab sambil berdiri).
Cikgu Ade : “Taufik, saya ingin tahu, nama panjang kamu apa?”.
Taufik : “Maaf Cikgu Ade, panjang sangat..”.
Cikgu Ade : “Takpe-takpe Taufik, cakap jer..”.
Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.
Cikgu Ade menarik nafas panjang dan terdiam.
Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ade kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.
Mata Cikgu Ade tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.
Kemudian Cikgu Ade menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.
Berdirilah seorang murid perempuan dan menjawab “saya DIAN, Cikgu…”.
Semasa Cikgu Ade melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.
Cikgu Ade : “Dian ada abang di sekolah ini?”.
Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK. Abang saya darjah 3.”
Cikgu Ade : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.
Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…
Berakit-rakit Ke hulu
Berenang-renang Ke tepian,
Bersakit-sakit Dahulu
Bersenang-senang kemu
DIAN”
Cikgu Ade :@$%&#^%*&^$#%@!@…
UNTUK PARA GURU…
BERSABARLAH DENGAN NAMA2 ANAK MURID ANDA…